fbpx

Rita Rudaini Tak Halang Anak Jadi Pemain Bola Sepak Profesional

Pelakon Rita Rudaini memberitahu anak keduanya, Airit Qaqa Arjuna ada meluahkan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Memetik Oh Bulan, Rita berkata dia sentiasa menyokong minat anak-anaknya untuk aktif dalam sukan apatah lagi kedua-duanya minat dalam bola sepak namun dia berpesan untuk mengutamakan pelajaran.

BACA: Rita Rudaini Dedah Bella Astillah Datang Jumpa Minta Nasihat

Menurut Rita, apa saja bidang yang dipilih oleh anak mereka namun tetap perlu pentingkan ilmu dan sebolehnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.

“Apa yang anak-anak suka, saya galakkan mereka untuk buat. Saya sokong minat mereka. Anak lelaki memang suka main bola sepak. Yang nombor satu main suka bola dan larian trek. Yang nombor dua suka bola, larian, bola baling dan sekarang cuba nak main rugbi.

“Yang nombor dua itu dia pernah tanya boleh ke kalau dia nak jadi pemain bola sepak nanti. Saya kata bukan tidak bagi, tapi kalau boleh jadi yang boleh pergi hingga peringkat antarabangsa.

“Saya kata nak jadi apa pun, jadilah. Tetapi pastikan sekolah sampai habis. Jadi pemain bola yang pandai, dalam bola bukan guna kaki sahaja, kena guna akal juga. Kalau boleh ada degree atau sebagainya, asalkan berilmu,” katanya.

Dalam pada itu, Rita membertiahu pernah berkongsikan cerita dengan anaknya bahawa dia juga aktif bersukan dan pernah terpilih mewakili negeri Perlis untuk Sukan Malaysia (SUKMA) dalam sukan silat.

“Saya dulu pernah terpilih untuk untuk main SUKMA dalam sukan silat olahraga. Wakil negeri Perlis. Bila cerita dengan anak-anak mereka pun terkejut. Mak depa (mereka) SUKMA.

“Tapi masa terpilih untuk wakil SUKMA itu saya tidak dapat pergi sebab mak saya bakar baju silat saya. Mak mengharapkan saya satu-satunya anak perempuan yang akan buat kerja-kerja perempuan, tapi sebaliknya minat saya,” katanya.

SUMBER: Oh Bulan