Rita Rudaini Ingatkan Bekas Suami, Jangan Berangan Nak Jumpa Anak

Baru-baru ini, pelakon Rita Rudaini ada memuat naik video memaparkan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin sedang melambai dari bilik tingkap ketika menghantar pulang ke asrama.

Menerusi perkongsian itu, Rita berkata anaknya meminta untuk menunggu sebentar sementara dia naik ke bilik untuk melambai pergi.

BACA: Rita Rudaini Selar Kenyataan Ibu Bapa T20 Hantar Anak Ke MRSM Belajar Erti Hidup Susah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Jenis tengok dekat tingkap ni yang buat mommy sayu….dia pesan, mommy jangan pergi lagi, tunggu Ryan naik lambai dekat tingkap…mommy dan adik miss u…..belajar jangan jemu,” tulisnya.

Sementara itu, turut menjadi perhatian komen seorang netizen yang bertanyakan mengenai bapa kandung anaknya sama ada Aidil Zafuan ada bertemu dengan anak-anaknya.

Rita menjawab pertanyaan netizen itu serta mengatakan tidak mahu bekas suaminya  datang untuk bertemu dengan anak-anak, sebaliknya boleh berjumpa di padang Mahsyar kelak.

“Sape? Tak payah …masa kecil-kecil tengah kena basuh berak, tengah menyusu, tak nak pula tengok, dah besar, mommy bela bagi pandai, dah senang dah tak payah kena basuh berak, tak payah berangan nak datang! Jumpa di padang mahsyar je nanti,” tulisnya.

Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdual Radzak pada 2008 namun bercerai pada September 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

×