fbpx

Rita Rudaini Dedah Bella Astillah Datang Jumpa Minta Nasihat

Rupanya pelakon Bella Astillah pernah berjumpa dengan aktres, Rita Rudaini untuk meminta kata-kata semangat ketika rumah tangganya sedang bergolak.

Memetik Oh Bulan, Rita berkata dia memberikan pesanan kepada Bella untuk terus kuat demi dua anak-anaknya. Menurutnya lagi, dia melihat Bella kini sudah semakin kuat menghadapi ujian tersebut.

BACA: “Boleh Ada Media Sosial Tapi Tak Boleh Joget” – Rita Rudaini Kongsi Ciri Calon Menantu

“Saya tak rapat dengan dia (Bella), cuma saya mengikuti kisahnya yang sudah banyak kali terkena sampai saya jadi letih. Jadi, saya minta untuk beritahu Bella supaya sudahlah.

“Kemudian, saya jumpa Bella semasa program Melodi Raya 2024 dan dia juga memang ada niat hendak jumpa saya. Dia kata sebab hendak ambil kekuatan dan tanya bagaimana saya boleh kuat.

“Saya cakap senang sahaja, kalau hendak kuat tengok anak. Awak hidup untuk siapa? Untuk jaga suami atau jaga anak? Selepas itu, bila tengok sekarang Bella sudah nampak semakin kuat,” katanya.

Sementara itu, Rita berkata dia tidak pernah menggalakkan perceraian namun melihat apa yang dilalui Bella agak tragis apatah lagi beberapa kali dicurangi. Malah, Rita meminta jika kasihan pada anak bawa keluar dari hubungan toksik tersebut.

“Saya bukanlah mahu meraikan atau menggalakkan perceraian, tapi sebagai sahabat industri saya lihat apa yang dia lalui sangat tragis dan sudah banyak kali sudah terkena.

“Ramai orang cakap supaya kesian dekat anak kalau bercerai dan saya paling tak suka itu. Sebenarnya itu salah, kalau betul kesian kepada anak, bawa dia keluar daripada lingkungan toksik.

“Jangan fikir tak mahu cerai sebab kesian kepada anak, kalau macam itu mungkin kamu yang tak boleh hidup tanpa lelaki. Kita wanita perlu kuat” katanya.

SUMBER: Oh Bulan