Pelakon Risteena Munim berkongsi dia ada menerima mesej dari individu tidak dikenalinya di Instagram mengajaknya untuk membuat panggilan video serta untuk melakukan perkara tidak baik.
Menerusi mesej tersebut, lelaki berkenaan siap menawarkan bayaran sebanyak RM3,000 untuk melakukan perkara tersebut.
BACA: Risteena Kongsi Semula Posting IG Ibu Aliff Aziz Tentang Aib
Meskipun tawaran tersebut sudah ditolak, lelaki berkenaan tetap tidak berputus asa dan menawarkan Risteena jumlah yang berkali ganda sehingga RM10,000 namun tidak dilayan oleh pelakon berkenaan.
Sementara itu, dalam satu perkongsian Risteena mengatakan dia sudah banyak kali menerima mesej sedemikian dan mengakui pelik dengan sikap segelintir individu menawarkan perkhidmatan berkenaan.