Risaukan Fazura & Anak Dalam Kandungan, Fattah Amin Jadi Paranoid

Terpaksa kembali ke set penggambaran, Fattah Amin mengakui bimbang risiko dijangkiti Covid-19 terutama ketika isterinya yang juga pelakon, Nur Fazura sedang hamil anak pertama mereka.

Bakal menimang cahaya mata mereka Oktober depan. Fattah Amin berkata, dia sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) demi keselamatan isterinya.

BACA: Makin Manja Sejak Hamil, Fazura Tak Nak Lepas Fattah Keluar Rumah

“Memang saya risau tapi dekat mana-mana kita pergi pun wabak itu ada. Tapi selagi kita semua jaga jarak dan lakukan SOP yang ditetapkan, InsyaAllah semuanya selamat. Saya memang akan pastikan sentiasa ikut SOP.

“Saya tidak akan senang-senang nak campur dengan orang ramai, jaga jarak dan tak bersalam dengan orang lain.

“Apa-apa pun kena pandai jaga diri. InsyaAllah tak ada apa-apa. Kalau saya jaga semua itu, tak ada la bawa sampai ke rumah,” katanya kepada mStar Online.

Terdahuli, Fattah berkata dia dan Fazura merahsiakannya kerana mahu peminat merasa teruja dengan berita itu. Ujarnya mereka tidak kisah anak lelaki atau perempuan asalkan sihat dan sempurna.

×