Umum mengetahui, pelakon Keith Foo kini menjalin hubungan istimewa dengan aktress Riena Diana sejak tahun lalu dan terbuka berkongsikan momen manis mereka.

Baru-baru ini, tular video di TikTok memaparkan Keith Foo memberikan sebotol air kepada Riena yang ketika itu dipercayai berada di masjid.

BACA: Risau Penyakit Ain, Riena Diana Kurang Kongsi Momen Manis Dengan Keith Foo

@shiimaacollections

#keithfoo #rienadiana #viralvideo #foryoupage #fyp

? original sound – Rienaa Dianaa – Rienaa Dianaa

Menerusi hantaran itu, Riena menulis kapsyen ringkas mengatakan kekasihnya itu menghantar botol air kerana bimbang dia akan haus ketika menunaikan solat tarawih.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Keith Foo seorang lelaki yang penyayang serta ada yang mendoakan selepas ini aktor itu yang akan pergi tarawih selepas ini.

×