Pelakon Riena Diana berkata dia tidak sabar untuk mempunyai anak sendiri serta ‘meminta’ kekasihnya pelakon Keith Foo untuk merealisasikan hasratnya itu.
Menerusi perkongsian di Instagram, Riena turut meminta pengikutnya untuk ‘memetik’ nama Keith Foo di ruangan komen serta meminta supaya segera melamarnya.
BACA: Risau Kekasih Haus Masa Tarawih, Keith Foo Hantar Botol Air Untuk Riena Diana
View this post on Instagram
Diruangan komen, reaksi Keith sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja apabila memberi respon hasrat Riena itu bakal terkabul tidak lama lagi.
Sementara itu, ada segelintir netizen meminta agar Keith segera ‘melamar’ Riena supaya tidak melepas serta ada yang berseloroh bimbang akan dikebas Walid, watak dalam drama Bidaah.