Gara-gara meletakkan meja yang menghalang laluan, restoran Aliff Syukri yang terletak di Kota Damansara diserbu penguatkuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ). Kejadian tersebut berlaku malam semalam.
BACA: Pelakon Meluat Perangai Perasan Bagus Aliff Syukri
Meluahkan rasa kecewa dengan perkara tersebut melalui Facebook Live, dalam masa yang sama pihak penguatkuasa turut merampas peralatan perniagaan yang diletakkan di laluan berhadapan premis berkenaan.
Operasi restoran berkenaan bagaimanapun berjalan seperti biasa selepas serbuan diadakan. Nampaknya sehingga kini Aliff tidak pernah lekang dengan kontroversi dan juga beberapa perkara yang menarik perhatian warga laman sosial untuk bercerita.
Apa pun, semoga segala perniagaan yang dijalankan oleh Aliff ini berjalan dengan lancar hendaknya. Adat berniagalah itu, cabaran sikit-sikit. (rtky/s)