Masuk bulan Ramadan ni, pasti si ibu dah buat senarai resepi berbuka untuk 30 hari kan? Macam biasa lah, asal nak masuk bulan puasa je, mula lah si ibu dah start plan nak masak apa. Ha waktu inilah dorang akan mula pening dan takde idea nak masak apa untuk berbuka. Mula lah ‘selongkar’ resepi kat Google tu! Haha.
Para ibu sekalian jangan risau. Kali ini kami akan kongsikan dengan anda resepi berasaskan Nutella. Haa, menarik kan?
Nutella ini diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi dengan rasa koko dan hazelnut yang sangat memuaskan walaupun hanya dengan amaun sedikit jer tau. Bukan itu jer, teksturnya yang lembut juga memudahkan anda senang untuk gabungkan dalam masakan atau makanan anda tu. automatik jadi lagi sedap!
Geng-geng ibu pun tak payah susah hati dah sebab dengan Nutella dorang dapat hidang dan masak makanan yang boleh ‘cairkan’ hati famili semua tanpa effort lebih pun. Ye dak? Barulah dorang sayang lebih. Masak hari-hari pun takpe, ahaks.
Ada 3 Ramadan Jar, koleksi perayaan Nutella baharu yang anda patut cuba. Limited edition tau Ramadan Jar seberat 680 gram ini sebabnya hanya dijual mulai April sehingga Mei sahaja.
Ingat, ianya terhad yer. Jadi, anda perlu cari di mana-mana kedai runcit utama, pasar raya dan kedai serbaneka terpilih sahaja. Jadi, dapatkan segera sebelum habis, okay?
Bila dah dapatkan edisi terhad Ramadan Jar tu, baru lah anda boleh ikut resepi yang kami beri ini. Kami tak nak anda kering idea lagi dah, hehe. Yang paling penting, resepi yang akan dikongsikan ini sangat mudah disediakan, sedap dan juga bertenaga! Sesuai sangat untuk dihidangkan semasa berbuka di bulan Ramadhan ini.
Jom lihat di bawah resepi Nutella yang ‘wow’ ini.
1. Roti Goreng Nutella
Bahan yang diperlukan:
5 Keping Roti Putih (Tanpa kerak roti)
50 Gr Mentega
30 Gram Gula Perang
1 sudu teh Serbuk Kayu Manis
Secubit garam
Untuk Salutan:
2 biji telur
1/2 sudu besar Serbuk Kayu Manis
20 Ml Susu
Mentega Cair untuk Memasak
100 gr serbuk roti
Topping:
15 Gr Nutella®
Cara membuatnya:
Langkah 1
a. Ratakan kepingan roti dengan penggelek.
b. Cairkan 50 Gram Mentega kemudian ketepikan dan biarkan sejuk.
c. Dalam mangkuk, campurkan mentega cair, gula perang dan 1 Sudu teh serbuk kayu manis. Gaul sebati
d. Sapukan doh pada roti dan canai menjadi gulungan kecil.
Langkah 2
a. Dalam mangkuk lain, campurkan 2 biji telur, 1/2 sudu teh serbuk kayu manis dan 20Ml susu. Pukul hingga rata.
b. Cairkan sedikit mentega dalam kuali untuk memasak.
c. Gulung hirisan roti ke dalam doh telur dan masukkan ke dalam kuali dengan api perlahan.
Langkah 3
a, Masak sehingga warna perang keemasan.
b. Untuk hidangan, sapukan 15 Gr Nutella®.
2. Mini Tart
Bahan yang diperlukan (6 portion):
250 g tepung biasa
125 g Mentega
125 g Gula
4 g serbuk penaik
1 Telur
1 kuning telur
Perahan sebiji lemon
Garam
90 g Nutella® (15 g/portion)
Cara membuatnya:
Langkah 1
Masukkan tepung dan serbuk penaik ke dalam adunan di atas papan pastri. Masukkan mentega yang sudah dicairkan di bahagian tengah. Gaul dengan cepat untuk jadikan “crumbs” kemudian tambahkan gula, kuning telur dan telur, parutan kulit limau dan secubit garam. Campurkan semuanya dengan cepat, sehingga menjadi bentuk bola. Balut dengan kain dan masukkan ke dalam peti ais untuk berehat selama 30 minit.
Langkah 2
Gunakan penggelek, canai doh setebal 5mm dan potong bulatan lebih besar sedikit daripada loyang pastri yang akan anda gunakan.
Langkah 3
Masukkan doh ke dalam loyang yang telah digris dan ditabur tepung. Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180°C selama 8-10 minit. Selepas itu, keluarkan tart dari bekas dan biarkan ia sejuk. Isi tart dengan Nutella® dan hidangkan.
3. Breakfast Bites
Bahan yang diperlukan:
¾ cawan (175 mL) badam kisar
¼ cawan (60 mL) kurma
¼ cawan (60 mL) kelapa kering tanpa gula
6 sudu besar (90 mL) sirap maple tulen
½ sudu teh (2 mL) kayu manis tanah
1/3 cawan (75 mL) Nutella®
3 gr serbuk coklat
30 gr Mentega cair
Cara membuatnya:
Langkah 1
Dalam pengisar makanan, letakkan badam, kurma, kelapa parut kering, sirap maple 90ml dan 1 sudu teh kayu manis; gaul sehingga adunan sekata.
Langkah 2
Bentukkan menjadi bentuk bola.
Langkah 3
Hidangkan Bebola Kurma Nutella® dengan 2 sudu teh (10 mL) Nutella®, pasti sedap untuk berbuka puasa.
Amacam gais? Menarik kan resepi yang kami kongsikan ini. Mudah sangat. Buat dengan anak-anak pun boleh. Cipta memori gituh. Kami pasti anak-anak terutamanya akan jatuh cinta dengan resepi dari Nutella ini. Sedap!
Untuk banyak lagi resepi menarik anda boleh lawati LINK INI. Barulah ngam!
Jom Masuk Peraduan Nutella
Gais, dah alang-alang anda sediakan makanan ikut resepi yang kami beri ini, apa kata anda rajinkan diri sedikit untuk masuk peraduan menarik dari Nutella ni.
Ambil gambar jer, then upload dalam Facebook atau Instagram anda, tak susah pun. Mana tahu anda salah seorang pememang Pembakar Ketuhar Electrolux yang bernilai RM149 tu. Barulah rasa ceria, erat bersama. Hiks!
Caranya
1. Ambil gambar keluarga berbuka dengan bekas Nutella
2. Muat naik gambar ke Instagram ATAU Facebook anda dan tag @NutellaSEA atau Nutella Malaysia Faceboook serta hashtag #NutellaRamadan
3. Pastikan akaun Instagram / Facebook anda dalam tetapan umum dan ikuti Facebook Nutella untuk info terkini tentang peraduan.
Tempoh peraduan ini bermula SEKARANG sehingga 1 Mei 2022 sahaja ye. Boleh KLIK LINK untuk tahu tentang peraduan ini. Sebanyak 20 foto terbaik akan dipilih dan menerima hadiah yang kami sebutkan di atas tadi tu. Wuu, teruja ke tak uols?
Untuk info lanjut boleh ke media sosial Facebook, dan Instagram Nutella atau boleh je layari Website dan YouTube Nutella.
Selamat mencuba gais.
#Nutellamazing
#NutellaRamadan