Reen Rahim Akui Kini Sudah Ada Kekasih

Pelakon Reen Rahim, 27, mengesahkan dia sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sejak zaman remajanya lagi, namun masih tidak mengetahui bilakah masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan kerana kini terlalu sibuk dengan kerjaya lakonannya.

BACA: Reen Rahim Tak Peduli Komen Orang Ramai

“Berkawan dengan dia seperti biasa tapi dia bukan orang dalam industri. Saya masih tidak tahu bila hendak kahwin kerana saya hanya ikut dan kalau kami ada jodoh, akan berkahwinlah. Dia ialah kawan selepas saya habis sekolah dulu,” katanya yang ditemui di Majlis Tayangan Filem ‘Mirip’ petang kelmarin.

Reen Rahim atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim boleh dilabelkan sebagai artis yang bersih daripada kontroversi. Katanya kontroversi boleh menjadi positif atau negatif. Dia memilih untuk kurang bersosial kerana mahu menjaga nama baik keluarga.

“Saya kena jaga nama ibubapa sebelum melakukan sesuatu. Kontroversi ini ada yang memberikan impak positif sekiranya perkara itu dilakukan dengan baik tetapi kalau negatif ianya akan bertambah buruk” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, pelakon yang memiliki iras-iras pelakon Bollywood ini telah pun membintangi filem berjudul ‘Mirip’ arahan daripada pengarah yang didatangkan dari India. Untuk melihat bagaimana Reen Rahim, Fezrul Khan dan Ezzaty Abdullah menari ala-ala filem Bollywood yang lain jangan lupa untuk saksikan filem ini pada 5 November 2015 di seluruh pawagam tanah air. (rtky/h)

×