Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam menafikan dakwaan dia meminjam RM1.5 juta daripada kakak iparnya iaitu usahawan, Bonda Rozita.
Menerusi satu perkongsian di Thread, Rebecca bersumpah tidak menerima wang tersebut serta menyifatkan dakwaan itu adalah satu firnah yang mencemarkan namanya.
BACA: Rebecca Nur Al Islam Akur Nasihat Abang, Padam Semua Hantaran
“Saya sumpah demi nama arwah Allahyarham ayah saya dan demi nama ibu saya, saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan.
“Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah. Silap saya hanya hari tu apa bila saya di trigger dengan video dari pihak sana, lalu saya melakukan video balas dengan menjawab balik point-point yang mengatakan saya mencari publicity murahan,” katanya.
Sementara itu, Rebecca mengakui kesilapannya memahami pihak sebelah sana namun terkejut dengan fitnah berkenaan kerana ianya tidak kelakar.
“Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan. Tapi kemudian, saya terkejut saya pula difitnah pihak sana dengan RM1.5 juta semasa mereka membuat siaran langsung.
“Yang ni mungkin pada mereka sekadar konten tapi tak kelakar ya melibat kan perkara sebegini! Kerana satu Malaysia pula ingat saya dapat RM1.5 juta dari kakak ipar saya iaitu Puan Bonda Rozita Ibrahim,” katanya.
Dalam pada itu, Rebecca berkata dia sudah pun mendapatkan penjelasan daripada abangnya berhubung isu berkenaan dan Bonda Rozita berjanji akan menjernihkan keadaan.