Percaya atau tak, kami ada cara bagaimana anda boleh kembangkan Perusahaan Kecil & Sederhana anda!
Ramai cakap berniaga ni menguntungkan. Tapi kalau anda berniaga biasa-biasa jer, memang susah lah nak capai impian anda tu. Takkan lah berniaga sekadar mengisi masa lapang jer kan? Oops!
Kami tahu ramai yang mula berniaga. Malah anak-anak muda sekarang pun dah mula berjinak-jinak dengan berniaga. Macam-macam produk yang dikeluarkan. Produk makanan lah, kecantikan, servis dan banyak lagi. Memang tak terkira.
Serius cakap, anda memang luar biasa! Peluang macam ni yang anda perlu ambil sebenarnya. Nak lagi best, bila bisnes anda dapat dikembangkan lagi ke seluruh negara. Weyh kalau dapat peluang macam ni memang heaven!
Shell Beri Peluang Kepada Bisnes Perusahaan Kecil & Sederhana
Kalau anda nak tahu, Shell adalah salah salah satu syarikat yang memberi peluang kepada bisnes Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) untuk mengembangkan bisnes mereka melalui inisiatif ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ dengan memberi mereka label Shell untuk produk mereka! Pergh! Hebat kan?
Dari sini, anda boleh lonjakkan Perusahaan Kecil & Sederhana anda melalui Shell di seluruh negara. Anda boleh tengok sendiri bagaimana Shell selalu membantu PKS melalui ‘Retailer’s Choice’. Mereka yang terpilih akan mempunyai ruang rak untuk menjual produk mereka di kedai Select, Shell. Bestnya!
Anda pun perasan kan, kalau singgah Shell, mesti ada produk-produk yang mereka letakkan di situ. Salah satunya, produk keropok dari Puan Zainon Salleh ni. Anda tonton sendiri video ini bagaimana dia yang tinggal di kampung jer dan boleh kembangkan bisnes keropoknya.
So gais, onz tak onz? Menarik kan? Puan Zainon pun dah mulakan langkah, anda bila lagi? Macam Puan Zainon ni cakaplah, kita kena berani walaupun duduk di kampung. Anda boleh lihat bagaimana Shell membantu menyokong bisnes Puan Zainon ni sampai berjaya. Alhamdulillah.
Inilah komitmen jangka panjang Shell untuk PKS. Bukan itu jer, Shell juga membantu mereka melalui fasa pemulihan dengan memberi mereka peluang untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan ‘Shell Private Label Contract’.
Abaikan Mesej Ni Kalau Anda Bukan Usahawan!
Jadi, Shell ingin menyahut seruan kepada usahawan yang berdedikasi untuk mengambil bahagian dalam kempen ‘Realisasi Impianmu Bersama Shell’ sempena bulan kemerdekaan ini.
Mereka mahu memperkasakan lagi bisnes tempatan melalui kempen ni. Rugi sangat kalau anda abaikan kempen ni sebabnya Shell selalu menyokong PKS dan akan terus berusaha untuk memastikan bisnes anda bertahan dan berjaya di masa depan!
Gais, ni lah masanya untuk anda kembangkan lagi bisnes anda! Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Siapa tahu, mungkin anda usahawan yang terpampang di media-media utama nanti. Cuba bayangkan, anda menceritakan kisah kejayaan anda kepada orang di luar sana. Wahh, seronoknya! Mesti ramai yang terinspirasi.
Bagaimana Nak ‘Take Part’ Dalam Kempen Ni?
Okay, anda boleh baca details tentang kempen ni kat bawah okay. Faham betul-betul.
Butiran Kempen
1. Inisiatif ini menyeru usahawan yang bercita-cita untuk mengembangkan perniagaan mereka pada skala yang lebih besar ke produksi di seluruh negara.
2. PKS yang menyediakan makanan ringan (contohnya keropok), manisan (seperti biskut, roti, kek), minuman tanpa alkohol atau makanan siap makan (contohnya makanan sejuk beku) digalakkan untuk mengambil bahagian. Bukan itu jer, produk anda juga berpeluang dijenamakan semula dengan label Shell dan dijual di stesen Shell di seluruh negara.
3. Rakyat Malaysia juga berpeluang untuk menentukan produk mana yang layak berada di rak Select di seluruh negara dengan memilih produk kegemaran mereka.
4. Pengundian akan bermula di laman web Shell Malaysian Dreams setelah 20 peserta terbaik disenarai pendek.
Kriteria Penyertaan
Untuk mengambil bahagian, pemilik perniagaan perlu:
1. Warganegara Malaysia.
2. Perniagaan/syarikat berdaftar dengan nombor pendaftaran perniagaan/syarikat yang sah seperti di SSM.
3. Mampu beroperasi dengan kapasiti tinggi dan menjual produk inovatif yang menyokong masyarakat setempat untuk dibekalkan ke stesen Shell di seluruh negara.
Hadiah Yang Bakal Dimenangi
1. Tiga pemenang yang layak akan dianugerahkan ‘Shell Private Label Contract’ dengan tawaran kedai tetap di kedai Shell Select di seluruh negara dari Januari 2021 dan seterusnya.
2. Peserta lain akan diberi hadiah saguhati dan berpeluang mendapat tawaran di kedai Shell terpilih yang telah disenaraikan di laman web nasional, wilayah, atau spesifik seperti yang ditetapkan oleh Shell.
Bagaimana Untuk Menyertai?
Anda boleh menghantar penyertaan anda secara dalam talian di sini.
Jangan lupa, anda perlu menghantar penyertaan anda secara dalam talian di laman ini bermula SEKARANG hingga 11 September 2020.
Jom, mulakan langkah anda sekarang! Impian anda boleh jadi REALITI. Good Luck!