Pempengaruh media sosial, Ratu Farah mendedahkan dia pernah menjadi rebutan pelajar lelaki ketika di zaman sekolah.

Menerusi podcast Sembang YTJT, Farah ditanya mengenai pengalaman serta momen ketika berada di bangku sekolah.

@cikidotchannel_

Rupanya @Ratu Farah Diva ??????????? pecah rahsia yang dia pernah jadi kegilaan ramai waktu kat sekolah dulu.. Macam2 cerita Ratu bongkar di Sembang YTJT.. Go tengok full video di Y0utub33 Cikidot Channel! Studio podcast by @KL Podcast Studio ffypratufarah #sembangytjt #tiktokers #cikidot #cikidotchannel

? Suspense, horror, piano and music box – takaya

Menjawab soalan tersebut, wanita berusia 29 tahun itu mendedahkan dia sering menjadi rebutan lelaki kerana rupa paras yang cantik.

“Saya selalu kena kacau dengan lelaki. Saya kalau pergi mana-mana dengan kawan saya (Anis), saya pergi kantin, selalu ada sekumpulan lelaki suka kacau saya.

“Sampai kawan saya kata ‘kau nampak penumbuk aku, kau kacau Farah siap kau’. Lelaki kacau saya, contoh macam ‘Hai Farah, comelnya Farah hari ini. Cantiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Ratu sempat meluahkan hasrat untuk menceburi bidang lakonan dan tidak peduli dengan kecaman dilemparkan netizen.

“Sebenarnya kecaman-kecaman ni saya tak kisah pun sebab apa kecaman ni sebenarnya adalah untuk kita bangkitkan diri kita,” katanya.

×