Penampilan pelakon Alya Iman di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-36 (ABPBH36) menjadi bualan ramai apatah lagi ada yang mengatakan busaha yang digayakan terdedah di bahagian dada.
Menerusi satu video dikongsikan Xtra, memaparkan Alya tiba di lokasi majlis dan keluar dari kereta mengenakan gaun berwarna hitam.
BACA: Alya Iman Sedih Nama Arwah Bapa Dipetik Netizen
Apa yang menjadi bualan apabila netizen mempersoalkan tindakan pelakon itu yang menarik baju bagi menutupi dadanya sedangkan dia yang memilih berpenampilan sedemikian.
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan mereka mahu menyarungkan sweater atau selimut kerana kurang senang dengan pakaiannya itu.
Bagaimanapun, ada yang bersangka baik mengatakan mungkin gaun tersebut ditaja dan dia tiada pilihan kerana terpaksa menggayakannya.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan mereka lebih suka melihat penampilan Alya ketika bertudung kerana kelihatan manis dan cantik.