Bekas madu kepada pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abd Mutalib berkata dia kecewa namun dia berkata keputusan perceraian dibuat oleh bekas suaminya, Rosland Othman sudah dapat dijangka.
Memetik Harian Metro, Adibah berkata dia mengakui hatinya hancur dan sedih lebih-lebih lagi apabila mengenangkan mengenai anak-anak.
BACA: Netizen Cadang Bekas Madu Miera Leyana Tuntut Harta Sepencarian 28 Tahun
“Saya dah boleh agak dan dapat rasakan pengakhirannya begini (cerai). Kalau sedih pun, sedih mengenangkan anak-anak. Rasa hati ini hancur. Dah tak ada apa yang nak dicakapkan lagi,” katanya.
Hari ini Rosland Othman menceraikan isteri pertamanyanya, Adibah Abd Mutalib dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995. Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata perempuan yang berusia antara 11 hingga 26 tahun.