Rapat Dengan Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie Anggap Takdir Tuhan

Umum menegetahui sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kehadiran Sharnaaz Ahmad bersama pelakon, Amelia Christie ketika menghadiri majlis tayangan filem Polis Evo 3 menjadi perhatian ramai.

Baru-baru ini, menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Amelia mendedahkan dia dan Sharnaaz berkenalan ketika kebetulan. 

BACA: Netizen Tak Senang Amelia Christie Kerap Teman Sharnaaz Di Tour Polis Evo 3

Difahamkan, Amelia menjawab soalan pengikut mengenai detik pertemuan pertama mereka.

“Kami ‘terkenal’ (secara tidak sengaja). Tuhan takdirkan kami berjumpa, jadi kami berjumpalah masa itu. Kami jumpa ketika penggambaran. Itu sahaja tak ada apa-apa pun,” katanya.

Menurut Amelia, dia menyifatkan Sharnaaz seorang lelaki yang tegas ketika pertama kali mereka berkenalan.

Dalam pada itu, pelakon berusia 23 tahun itu berkata mereka masih dalam fasa berkawan dan sedang mengenali hati budi masing-masing.

“Kami kenal sebagai kawan dan kenal hati budi masing-masing. Sekarang pun masih mengenal hati budi, dia orangnya macam mana, saya orangnya macam mana,” katanya.

Sebelum ini, Sharnaaz mengakui dia dan Amelia rapat namun belum sampai ke peringkat serius ataupun bercinta.

×