“Ramai Yang Tegur Berisi, Mungkin Sebab Kurang Fikir Sekarang”

Pempengaruh media sosial, Ira Kazar berkata dirinya kini semakin bahagia dan kehidupannya semakin baik berbanding sebelum ini.

Memetik Utusan Online, bagaimanapun Ira berkata dia bahagia bukan kerana hatinya sudah dimiliki seseorang tetapi bahagia bersama keluarga.

BACA: “Apa Yang Berlaku Banyak Sangat Pengajaran” – Ira Kazar Banyak Muhasabah Diri

“Alhamdulillah kehidupan semakin baik dari sebelum ini. Bahagia? Ya Allah takutnya nak cakap. Bahagialah di sisi keluarga dan kawan-kawan. Saya boleh cakap saya lebih baik sekarang. Takut nak cakap lebih-lebih risau ada orang tersinggung pula, lebih baik berahsia,” katanya.

Sementara itu, Ira berkata dia tidak tersinggung apabila ada yang mengatakan dia kini dilihat berisi serta menghargai penerimaan orang ramai buat dirinya.

“Ramai yang tegur (berisi) mungkin sebab kurang fikir sekarang. Saya tidak tersinggung pun orang cakap saya berisi sebab saya tidak mahu orang cakap saya kurus.

“Ada netizen yang suka balas komen marah-marah (orang cakap berisi) tetapi bagi saya bukan ‘body shaming’ (mengejek fizikal) untuk saya,” katanya.

SUMBER: Utusan Online

×