Pelakon Nur Fazura memberitahu persiapan menyambut bulan Ramadan tahun ini dilakukan secara sederhana sahaja.
Memetik HibGlam, Fazura berkata aktiviti sepanjang bulan Ramadan dilakukan seperti biasa serta akan lebih fokus pada urusan ibadah dan teruja untuk menunaikan solat tarawih.
BACA: Netizen Perasan Fazura Tak Hadir Majlis Kahwin, Unfollow Mimi Lana Di IG?
“Persediaan bulan puasa tiada apa sangat. Cuma lebih teruja untuk tarawih, Ramadan memang bulan beribadah. Sebenarnya tiada persiapan sangat dan semuanya seperti biasa sahaja.
“Kalau kerja, saya tak hadkan pun aktviti sepanjang Ramadan, semuanya jalan terus. Dulu ketika hamil sembilan bulan pun tetap jalan sahaja semua sebab saya memang suka kerja,” katanya.
Sementara itu, Fazura berkata Ramadan kali ini berbeza kerana tumpuan lebih diberikan kepada anak perempuannya, Fatima yang sentiasa mengikutnya ke mana sahaja.
“Tahun ini mungkin agak berbeza sebab Fatima mana-mana saya pergi dia akan ikut, tidak kiralah kerja atau penggambaran. Dia tidak kisah walau sampai lewat malam sekali pun, memang akan ikut dan selagi saya ada bersama.
“Alhamdulillah sekarang dia selalu dengan saya, asalkan dia sihat dan boleh bertahan sampai malam, paling penting ada mummy,” katanya.
Fazura berkahwin dengan pelakon Fattah Amin pada 27 November 2017, namun bercerai pada 7 Oktober tahun lalu. Hak penjagaan penuh Fatima menjadi milik Fazura sementara Fattah mendapat hak melawat dan bermalam.
SUMBER: HibGlam