Raih CGPA 3.84, Anak Rita Rudaini Dapat Anugerah Pengetua MRSM

Pelakon Rita Rudaini berkongsikan berita gembira apabila anaknya, Airit Rayyan Rizqin berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rita memaklumkan anaknya itu sekali lagi mendapat Anugerah Pengetua apabila meraih purata nilaian gred 3.84 dalam peperiksaan.

BACA: Zaquan Adha Bengang Netizen Minta Ibu Jenguk Anak-Anak Rita

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Alhamdulillah. Rayyan dapat anugerah pengetua lagi hari ini. Terima kasih homeroom Ryan, Mommy Ustazah @norfaiza8 wakilkan untuk Rayyan. Fly high Ryan,” tulisnya.

Perkongsian Rita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengucapkan tahniah buat Rayyan dan Rita. Malah, ramai yang mengagumi Rayyan yang bukan saja cemerlang dalam sukan malah dalam akademik.

Tahun lalu, Ryan yang menuntut mengikuti aliran Ulul Albab di Maktab Rendah Sains MARA Sungai Besar meraih GPA 3.99 dan disenaraikan sebagai 10 pelajar terbaik bagi Tingkatan Dua.

×