Rahim Dedah Kena Block Dengan Shuib, Akui Berlaku Perselisihan Faham

Pelawak dan penyampai radio, Rahim mengakui adalah perselisihan faham antara dirinya dan rakan pelawak Shuib Sepahtu namun tidak bersetuju masalah itu dibawa hingga ke media sosial.

Memetik Harian Metro, Rahim mendedahkan dia sudah lama tidak berhubung dengan Shuib kerana sudah disekat oleh pelawak itu termasuk di media sosial.

BACA: “Daripada Join Podcast Baik Aku Join Potluck” – Rahim

“Saya sebenarnya dah lama tak ambil tahu mengenai perkembangan sahabat saya itu kerana sudah kena ‘block’ (sekat) dengannya (Shuib) di media sosial dan nombor telefon juga. Jadi, memang dah lama kami tak berhubung.

“Sewaktu dia bernikah tahun lalu pun, saya tidak hadir ke majlisnya sebab tidak dijemput. Tapi, syukur Alhamdulillah dia kini sudah menemui kebahagiaan semula dan saya doakan terbaik buatnya.

“Cuma, diakui memang saya dan dia (Shuib) ada perselisihan faham yang berlaku, tapi tidak perlulah membawanya hingga ke media sosial. Sebagai sahabat, itu yang saya ada rasa sedikit terkilan,” katanya. 

Sementara itu, Rahim berkata punca perselisihan faham berkenaan biarlah menjadi rahsia antara mereka dan tidak perlu dihebahkan  kerana itu adalah lebih baik.

Dalam pada itu, mengulas mengenai perkongsiannya di Instagram ‘daripada join podcast, baik aku join potluck’, Rahim berkata adalah bersifat ‘general’ atau umum.

Sebelum ini, tular video memaparkan Shuib secara terang-terangan mengatakan dia tidak akan dua individu ke podcast tersebut dan salah seorang daripadanya adalah Rahim.

SUMBER: Harian Metro

×