Jika baru-baru ini, Fazley Yaakob baru saja kembali bersanding semula dengan isteri tercinta, nampaknya adik kepada penyanyi iaitu Raf Yaakob turut sama akan bersanding semula. Perkara tersebut dikongsikan Raf melalui akaun Instagram miliknya. Namun menurut Raf, persanding tersebut adalah di atas kehendak anak-anaknya. Wah begitu ya.
BACA: Baru 5 Hari, Ucapan Birthday Mawar Rashid Raih RM1,000
Jika diikutkan perkongsian Raf, anaknya iaitu Chanela dan juga Raden Ahmad Rayyan tidak dapat menyaksikan majlis perkahwinan mereka sebelum ini. Malah, lokasi persandingan semula mereka nanti harus mempunyai kolam renang sebab nanti senang untuk anak-anak mereka bermandi manda.
Menyatakan bahawa majlis persandingan tersebut boleh diadakan, Raf dalam masa yang sama menyatakan bahawa perkara tersebut dapat dilaksanakan sebaiknya selepas isteri tercinta, Mawar Rashid telah selamat melahirkan anak hasil perkongsian mereka nanti.
“Saya kata boleh, selepas mummy Rose melahirkan adik awak (mungkin ulang tahun perkahwinan yang ke 10),” kongsinya. Apa pun, semoga segala semua persiapan pasangan ini menyambut kelahiran cahaya mata mahu pun persandingan ini akan berjalan lancar. Bagi yang ingin bersanding semula, sila tanya anak anda, manalah tahu jika mereka juga ingin melihat anda dan pasangan kembali naik pelamin, bukan? (rtky/s)