Putus Cinta Dengan Abang Menteri, Emma Maembong Ada Kekasih Baru?

Sebelum ini Emma Maembong dikatakan hangat bercinta dengan abang kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq namun gara-gara kontroversi foto panas mereka tersebar, hubungan mereka dikatakan berantakan dan putus.

BACA: “Agama Tak Ajar Menegur Dengan Cara Kasar”

Namun menerusi ruangan Miss K, khabar baru mengatakan Emma kini sedang rapat dengan seorang penyanyi rap yang berdarah campuran Cina dan India, Ashtin. Malah jejaka itu juga turut memuat naik gambar bersama Emma.

“Dengarnya, hubungan Emma dan Abdullah didakwa berantakan kini, mereka sudah membawa haluan masing-masing. Miss K pun hairan juga. Emma kata dia tak ada hubungan istimewa, tiba-tiba ada orang kata dah putus”

“Mungkin mereka menyembunyikan hubungan mereka dari pengetahuan ramai. Tapi tak mengapalah, tak ada jodoh kan. Dakwa Zizi, Emma kini sedang rapat dengan seorang rapper yang berdarah campuran Cina dan India”

Lebih menarik, Emma juga sempat menikmati percutian ke Hong Kong bersama Ashtin dan adiknya, Chacha Maembong serta beberapa rakan yang lain. Gambar mereka juga turut dimuat naik oleh salah seorang rakan mereka.

“Dakwa Zizi lagi, Emma turut sempat bercuti ke Hong Kong bersama Ashtin pada penghujung April lalu. Percutian itu juga disertai oleh adik Emma, Chacha Maembong dan beberapa rakan lain,” tulisnya di Astro gempak.

Kami sendiri pun tidak pasti kesahihan berita ini, pun begitu kami doakan yang baik-baik sahaja buat Emma. Setakat ini Emma juga masih berdiam diri dan tidak memberika komen mengenai hal ini. (rtky/w)

×