Pelakon Puteri Sarah berkata dia meluahkan rasa syukur tumpang gembira apabila bekas suaminya, Syamsul Yusof pulang ke rumah kedua ibu bapanya semalam.
Memetik Harian Metro, Puteri Sarah berkata Syamsul sendiri yang mahu berjumpa dengan kedua ibu bapanya dan dia turut gembira semuanya sudah selesai.
BACA: Syamsul Yusof Kembali Ke Pangkuan Ibu Bapa, Puteri Sarah Juga Ada Sama
“Biarpun saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan Syamsul, saya tumpang gembira apabila dia akhirnya pulang ke rumah untuk berjumpa dengan Papa (Datuk) dan Mama (Datin). Apatah lagi, mereka sudah bertahun tak jumpa dengan Syamsul.
“Sebenarnya, Syamsul sendiri yang nak jumpa mereka. Cuma saya sampai lambat sebab ada acara pada petang itu.
“Saya pulang ke rumah dahulu ambil anak-anak dan bawa sekali jumpa datuk dan nenek mereka sebelum kami ke Vietnam untuk bercuti. Apa pun, semuanya sudah selesai,” katanya.
Sementara itu, Puteri Sarah berkata kehadirannya dalam pertemuan itu tiada maksud lain seperti yang didakwa netizen kembali kepada Syamsul kerana dia sudah ada kehidupan sendiri.
“Ingin dijelaskan, sehingga detik ini saya tidak terfikir ingin kembali pada Syamsul. Saya sudah ada kehidupan sendiri dan bahagia dengan pilihan sebegini.
“Sekarang ini, saya mahu tenang-tenang saja di samping membesarkan anak-anak dan fokus pada kerjaya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro