Pelakon Puteri Sarah mengakui dia meminjamkan pengawal peribadinya untuk menemani rakannya, Bella Astillah yang hadir ke mahkamah semalam bagi memberi sokongan kepada Syed Saddiq.

Memetik BH Online, Puteri Sarah berkata dia menyediakan pengawal peribadi itu untuk memastikan keselamatan Bella ketika berada disana.

BACA: “Suka Membela J” – Syarikat Media Mohon Maaf Pada Bella & Syed Saddiq

“Iya, itu ‘bodyguard’ (pengawal peribadi) saya dan anak-anak. Memang betul saya pinjamkan dia untuk temani Bella. Saya tidak mahu komen banyak-banyak, cukup jika kita doakan agar urusan mereka dipermudahkan,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah berkata pengawal peribadi itu juga bukan saja menjaga keselamatan dirinya dan anak-anak tetapi bertindak sebagai pemandu serta pembantu peribadi.

“Beliau ditugaskan menjaga saya dan anak-anak. Dia yang hantar saya pergi ‘shooting’ dan anak-anak ke sekolah.

“Sebelum ini, saya ada pembantu peribadi. Namun, dengan kes penculikan yang membimbangkan, saya ambil keputusan mengupah pengawal peribadi,” katanya.

SUMBER: BH Online

×