Selepas Syamsul Yusof memuat naik perkongsian mengenai isteri-isterinya, posting isteri pertamanya iaitu aktres, Puteri Sarah pula mengejutkan ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Puteri Sarah memohon kepada suaminya supaya menceraikan dirinya kerana dia tidak rela bermadu.
BACA: “Moga Kedua-Dua Isteriku Tenang & Bersabar” – Syamsul Yusof
Menurut Puteri Sarah lagi, suaminya masih lagi menyekat nombor telefonnya dan masih tiada lagi perbincangan antara mereka.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menyifatkan suaminya seorang yang toksik dan narcissistic serta mengatakan dia bersama anak-anak layak yang lebih baik.
Sebelum ini, Syamsul berkongsikan foto pernikahan bersama kedua-dua isterinya. Menerusi perkongsian itu, Syamsul turut meminta kedua-dua isterinya bersabar dan bertenang serta memita orang ramai mendoakan yang baik-baik buat mereka.