Puteri Sarah Demam Panas, Badan Lemah Tak Boleh Berdiri

Pelakon Puteri Sarah terpaksa dikejarkan ke unit kecemasan di sebuah pusat perubatan swasta pada Sabtu lalu selepas mengalami demam panas.

Perkara itu dimaklumkan oleh Puteri Sarah menerusi Insta Story miliknya semalam dimana dia ke hospital selepas badannya rasa lemah serta tidak boleh berdiri.

BACA: Gosip Rapat Dengan Wanita Cantik, Puteri Sarah Tak Nak Campur Hal Syamsul

“Saya beritahu doktor, badan rasa macam nak demam dan bila doktor periksa memang sudah demam pun kerana suhu badan sudah mencecah 40 darjah Celsius. Saya dimasukkan ke unit kecemasan dan diberikan ‘drip’ dengan paracetamol serta vitamin C.

“Badan saya berasa terlalu lemah dan tidak boleh berdiri. Rasa nak pengsan, tanpa sedar terus tertidur,” tulisnya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata dia sudah mengalami demam panas lima hari lalu namun tetap semangat bekerja meskipun tidak sihat.

“Lima hari deman, badan rasa panas tapi tak rasa cuma saya berasa penat. Badan lemau tapi sebab semangat bekerja kuat tak rasa sebenarnya sedang sakit,” tulisnya.

×