Pelakon Puteri Sarah memberitahu aktres dan penyanyi Bella Astillah masih terkejut serta belum boleh menerima kenyataan sudah berpisah dengan pelakon sensasi, Aliff Aziz.

Memetik mStar Online, Puteri Sarah berkata Bella memerlukan sokongan rakan-rakan dan kini sedang berusaha memulakan hidup baru tanpa suami selepas disahkan bercerai pada 13 Jun lalu.

BACA: Aliff Aziz Ceraikan Bella Astillah, Enggan Bersalaman Buat Kali Terakhir

“Masa raya haji tempoh hari saya memang jumpa Bella untuk beri sokongan dekat dia, saya tahu Bella pun masih dalam fasa terkejut.

“Bella masih tidak dapat menerima kenyataan tapi dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekarang,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah berkata emosi Bella sering terganggu apatah lagi mengenangkan nasib dua anaknya iaitu Ayden dan Ara yang masih kecil.

“Dia memang sedih, tentu dia sedih. Berbeza dengan saya, saya tak sedih sebab dah terlalu lama ‘move on’. Tapi apa yang buat dia paling sedih adalah memikirkan tentang anak-anak dia,” katanya.

SUMBER: mStar Online

×