PU Syed Tegur Dolla, Pakai Baju Mencolok Mata

Sebut saja kumpulan Dolla, pasti ramai tahu ianya dianggotai oleh empat orang gadis cantik yang digelar BlackPink Malaysia.

Baru-baru ini, kumpulan itu tampil dengan muzik video single berjudul Damelo. Susulan imej mencolok mata dalam muzik video tersebut, pendakwah bebas, PU Syed tampil memberi teguran kepada kumpulan berkenaan.

BACA: Balik Kelantan Pakai Sopan, Sabronzo Dolla Tak Kisah Dituduh ‘Fake’

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed mempertikai imej dua ahli kumpulan tersebut iaitu Sabronzo dan Syasya yang beragama Islam.

Difahamkan, PU Syed mengulas mengenai perkara tersebut selepas menerima mesej daripada netizen yang kurang senang dengan imej kumpulan tersebut dalam muzik video terbaru mereka serta meminta pendakwah itu memberi teguran kepada artis tanah air.

“Semakin hari semakin rancak dan bebas tanpa segan silu memakai pakaian mengikut kehendak pasaran.

“Dalam carian google ambe dapati, dua daripada empat ahli kumpulan ini rupanya adalah muslim. Kenapa mereka berani berpakaian seperti yang dinyatakan oleh insan yang PM ambe itu?,” tulisnya.

Dalam pada itu, PU Syed turut meluahkan rasa kecewa apabila garis panduan dalam pemakaian cara Islam seringkali tidak dipatuhi.

“Garis panduan pemakaian khasnya buat umat Islam di Malaysia sering dilanggari dan penguatkuasaan yang sangat lemah yang ‘mungkin’ berharap hanya kepada laporan pihak berkuasa.

“Apa yang menyedihkan peraturan dan undang-undang seolah telah dibangkul sampahkan, sedangkan setiap negeri mempunyai enakmen sendiri dalam isu pemakaian serta khasnya buat yang mencemarkan imej Islam,” katanya.

Tambah PU Syed lagi, dia dan asatizah lain tidak mampu berbuat apa-apa sebaliknya hanya mampu mencegah masyarakat daripada terus hanyut.

×