Baru-baru ini, selebriti popular, Noor Neelofa meluahkan hasrat untuk berhijrah ke Mesir mengikut suaminya, PU Riz melanjutkan pelajaran di Tanah Arab itu.
Memetik Harian Metro, PU Riz mengulas mengenai perancangannya ke Madinah itu dibuat ketika awal perkahwinan mereka lagi namun ditangguhkan apabila isterinya hamil sebelum ini.
BACA: Neelofa Rancang Pindah Ke Mesir, Ikut Suami Sambung Belajar
“Sebenarnya perancangan nak ke sana dibuat masa awal-awal berkahwin. Cuma apabila isteri hamil jadi kena ubah perancangan.
“Alhamdulillah, sekarang anak sudah lahir dan sihat, jadi nak tunggu dia besar sikit lagi. Kiranya, dalam lima ke enam lagi ke Madinah. Mungkin paling cepat pun awal tahun depan,” katanya.
Menurut PU Riz, dia bakal menyambung pengajian di sana selama dua tahun dan Neelofa akan mengikuti pengajian Markaz Lughah untuk mendalami bahasa Arab.
“Insya-Allah saya sambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti Madinah. Tapi program pengajian belum ditetapkan lagi. Maksimum dua tahun di sana.
“Apa yang membolehkan saya sambung di sana kerana semasa belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terdapat 10 subjek dalam bahasa Arab.
“Dalam masa sama, di sana isteri akan mengikuti pengajian Markaz Lughah yang mana dia fokus bahasa Arab saja iaitu bahagian al Hiwar, macam mana nak bercakap harian. Jadi, kalau balik Malaysia nanti dia sudah boleh bercakap dalam bahasa Arab,” katanya.
Dalam pada itu, PU Riz berkata isterinya menunjukkan minat yang mendalam terhadap bahasa Arab dan memuji bacaan Al-Quran Neelofa kini lebih baik.
“Isteri sekarang bacaan al-Quran bertambah baik. Ia juga atas dorongan saya selain dia sendiri pun jenis nak ikut, alhamdulillah baguslah.
“Kebetulan saya ada ramai kawan Arab di sini. Setiap kali mereka menghubungi saya dan kami bercakap dalam bahasa Arab. Dari situ timbul minat dia nak belajar setiap kali dengan saya bercakap bahasa Arab. Kalau pandai cakap, insya-Allah baca al-Quran pun sedap sikit. Dia pun boleh faham kalau kita cakap,” katanya.