Memetik laporan Harian Metro, polis kini dalam proses merakam keterangan Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri dan penyanyi rap, Caprice berhubung misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, percakapan itu bagi membantu siasatan laporan dibuat pendakwah terkenal, Ebit Lew yang mendakwa difitnah beberapa individu berkaitan misi itu di media sosial.
BACA: “Caprice Tak Boleh Berdiam Lagi Dah, Selama Ni Satu Malaysia Kena Tipu”
“Kita belum rekod percakapan dua individu itu dan belum ada tarikh lagi. Polis sedang berusaha untuk berbuat demikian.
“Setakat ini, hanya Ebit yang sudah diambil keterangan. Saya akan maklumkan jika ada perkembangan lanjut berkaitan kes ini,” katanya.
Pada 22 Julai lalu, Ebit hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk dirakam percakapan berkaitan isu terbabit.
Terdahulu, Ebit turut menafikan dakwaan Muhammad Nadir yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaza. Ebit turut menyifatkan dakwaan dibangkitkan Ketua Pegawai CGM itu sebagai fitnah melampau.