Petik Nama Jamal Abdillah, Farid Kamil Dah Mohon Maaf Tapi Tiada Respon

Pelakon Farid Kamil berkata dia sudah membuat permohonan maaf terhadap Datuk Jamal Abdillah susulan ketelanjurannya memetik nama penyanyi itu dalam satu podcast sehingga dikecam teruk oleh netizen.

Memetik mStar Online, Farid berkata Datuk Jamal sudah membaca mesej yang dihantar namun sehingga kini masih tiada maklum balas. Malah, dia sudah pun meminta video podcast berkenaan diturunkan. 

BACA: “Saya Tak Rasa Kami Boleh Bersahabat” – Farid Kamil

“Sejujurnya video itu saya telah arah untuk turunkan kerana keterlanjuran saya bercakap. Saya menyesali jalan cerita yang saya kongsikan itu.

“Saya sudah pun berhubung dengan Datuk untuk penjelasan dan permohonan maaf. Dia sudah baca, tetapi tiada respons. Saya akui silap,” katanya.

Terdahulu, Farid meluahkan kesalnya dalam satu podcast selepas difitnah mengambil bahan terlarang ketika majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story.

SUMBER: mStar Online

×