Ramadan tahun ini sudah pasti berbeza buat usahawan Ridzuan Ridzokumura dan anak tunggalnya, Sky Taizo Okumura apabila kehilangan isteri serta ibu tercinta.

Pertama kali berpuasa tanpa ibu, pelakon Zarina Zainuddin menyediakan juadah sahur buat sepupunya, Sky seperti mana yang disediakan oleh ibunya, Allahyarham Akiko Okumura.

BACA: Anak Zarina Zainuddin Alami Bell’s Palsy

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Menerusi video dikongsikan di Instagram, Zarina berkata dia membelikan Sushi buat Sky dan meminta maaf kerana tidak mampu masak makanan Jepun seperti arwah ibunya.

“Assalamualaikum selamat berpuasa semua. Pertama kali bersahur bersama Sky dan pakcik saya. Semoga Allah permudahkan perjalanan Ramadan buat mereka tanpa Akiko di sisi.

“Saya belikan Sushi untuk awak malam semalam tapi kedai sudah hampir tutup,” katanya.

Akiko atau nama Islamnya Nur Aishah Abdullah sememangnya popular di media sosial suaminya kerana sering menyediakan juadah sahur yang kreatif buat anak tunggalnya.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak melihat Sky yang pasti teringatkan air tangan ibunya serta mendoakan agar diberi kekuatan buat Ridzuan dan anaknya.

Jumaat lalu, Ridzuan memaklumkan pemergian isterinya, namun punca kematian tidak didedahkan.

×