Isteri kepada pelawak Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan suaminya itu sanggup menyewa sebuah pawagam ketika kali pertama mereka berjumpa.
Menerusi perkongsian di Instagram, Watie berkata itu merupakan pertama kali mereka bertentang mata.
BACA: Dakwaan Tak Bayar KWSP Pekerja, Shuib Mohon Maaf Tak Sedia Jawab
View this post on Instagram
“Lepas kami berbalas mesej, dia telefon selepas itu dia tanya ‘bila kita boleh jumpa?’. Selepas saya kata ya, dia terus tempah satu pawagam! Jadi dekat situlah perkenalan bermula, bertentang mata,” katanya.
Dalam pada itu, Watie turut mengatakan dia masih ingat lagi dengan minyak wangi yang dipakai oleh Shuib bau semerbak serta mengakui suaminya itu seorang yang kelakar.
“Masa ‘first impression’ tu, dia wangi gila! Bila berborak dia kelakar, kita pula suka gelak.
“Sebelum tu kalau dia mesej macam tak layan sangat..lambat balas tapi lepas dah jumpa dan ada daya tarikan, lagi ‘sweet’ lah balas mesej dia,” katanya.
Untuk rekod, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 lalu di Putra Glass Heights.