Nampaknya, selepas bergelar duda penyanyi dan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob berdepan beberapa cabaran apabila ada wanita pelbagai usia cuba nasib untuk menjadi jodohnya.
Memetik Harian Metro, Fazley mendedahkan ada menerima gambar baju dalam daripada seorang wanita berusia 60-an. Pada awalnya, dia sangkakan akaun palsuk namun ianya akaun sebenar.
BACA: Fazley Yaakob Kerap Terima Mesej Nakal Lepas Cerai
“Pernah seorang mak cik umur lebih 66 tahun, hantar gambar baju dalam yang dia pakai. Mula-mula saya ingat akaun palsu, tapi bila semak, rupanya akaun betul.
“Baru saja dia muat naik gambar cucu. Saya tanya, ‘Makcik umur berapa?’, dia jawab, ‘Saya dah 66’. Saya anggap semua itu sebagai hiburan saja. Saya layan saja DM tu. Jarang saya sekat, kecuali kalau ada yang kutuk melampau,” katanya.
Sementara itu, Fazley mendedahkan dia pernah ditegur oleh seorang wanita di simpang lampu isyarat serta membuka QR WhastApp, rupanya untuk memberikan nombor telefonnya.
“Perempuan sekarang sangat berani. Contohnya masa saya pergi bazar Ramadan, ada perempuan muda pandu kereta, dia hon saya. Lepas tu dia buka QR WhatsApp dan cakap, ‘Bang, scan (imbas) WhatsApp saya’.
“Saya ingat saya terlupa bayar sesuatu tadi. Rupa-rupanya dia nak bagi nombor. Saya baru tahu orang guna cara begitu.
“Itu belum lagi janda-janda yang hantar DM dan cakap, nak ‘book’ anak saya jadikan menantu mereka, dan selepas itu, ‘kita’ pula. Siap hantar saiz baju lagi dan cakap itu saiz baju nikah,” katanya.
Dilabel sebagai jejaka seksi kerana menggayakan seluar pendek gimnasium dan bermain badminton, Fazley berkata gaya itu sudah digayakannya sejak bergelar suami orang lagi.
“Kelakar juga, sebab saya pergi gimnasium dan main badminton memang pakai seluar pendek. Tak ada yang lebih pun daripada itu. Tapi sekarang baru orang perasan. Siap ada yang tanya, kulit putih, nampak kaki, nampak peha dan sebagainya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro