Permohonan Maaf Terbuka Kepada Dr. Amalina 

Berhubung dengan satu artikel yang dimuat naik pihak kami dan dipost di Facebook, kami dengan rendah diri ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Dr. Nur Amalina Che Bakri.

Kami tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak, kami mengakui artikel tersebut menimbulkan pelbagai reaksi kurang menyenangkan daripada pelbagai pihak termasuk memberi kesan negatif kepada Dr. Amalina. Kami benar-benar MEMOHON MAAF.

Susulan itu, pihak kami telah mengambil tindakan segera memadam artikel tersebut termasuk di media sosial.

Kami juga berjanji tidak akan lagi memuat naik sebarang artikel sensasi berkaitan Dr. Amalina di masa akan datang serta memastikan isu seperti ini tidak akan berulang lagi.

Dengan rendah diri, sekali lagi kami memohon maaf maaf kepada Dr. Nur Amalina Che Bakri. Terima kasih.

×