Pelakon Sweet Qismina memberitahu perkongsian rakan pelakon, Elfira Loy di media sosial membuatkan dirinya terbuka hati untuk menghadiri kelas ilmu agama.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Sweet turut mengucapkan terima kasih kepada Elfira serta memberitahu dia sememangnya mahu hadir ke kelas agama namun tidak dapat berbuat demikian kerana kerja.
BACA: Netizen Komen Nampak Baby Bump, Sweet Qismina Hamil?
“Alhamdulillah, terima kasih Kak El selalu kongsi yang baik-baik dekat media sosial sampai terbuka hati saya nak cuba pergi kelas.
“Selalu nak pergi tapi jadual mesti tak okey sebab kerja. Tapi betul la, kalau benda baik tak akan tak boleh susun masa kan? Nak pergi lagi kelas yang berikutnya,” tulisnya.
Siapa sangka disebabkan perkongsian seseorang buatkan kita boleh buka hati untuk ke arah lebih baik. Sama-sama kita doakan yang baik-baik.