“Perempuan Bila Bekerjaya, Dah Banyak Duit, Dia Berlagak” 

Baru-baru ini hangat diperkatakan apabila kembali tular video memaparkan pelakon dan penerbit Datuk Rosyam Nor memberikan pendapatnya mengapa perempuan tidak boleh bekerja.

Difahamkan, video podcast Hitam Putih itu dimuat naik pada Ogos lalu namun tular semula di aplikasi TikTok.

BACA: Rosyam Nor Anjur Pertandingan Azan, Tawar Hadiah RM110,000

https://www.tiktok.com/@suhanmovies/video/7264052777456766210

Menerusi video itu, Rosyam berkata kebanyakan wanita yang mempunyai kerjaya hebat dan duit akan mula memiliki sifat angkuh.

Katanya lagi, ada segelintir isteri yang bekerjaya mula meninggikan suara serta mengadu penat dan mengeluh untuk membuat kerja rumah. 

“Perempuan ni bila dah bekerjaya, dah ada duit banyak dia berlagak. Walaupun dia isteri. Perempuan ni bila dah ada duit dia ego,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan itu ditepis oleh Datin Seri Adzliana daripada Usanita yang berkata dalam perkahwinan perlulah ada give and take.

Namun, Adzliana mengakui setuju bahawa ada wanita bekerjaya berperangai seperti apa yang diperkatakan oleh Rosyam.

Sementara itu, diruangan komen rata-rata wanita bersetuju dengan pendapat Rosyam itu dan ada yang kurang bersetuju kerana dalam rumah tangga haruslah saling ‘give and take’.

×