Debaran semakin terasa buat Elfira Loy dan pasangan apabila pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini sudah memuat naik sedikit gambar salah satu busana perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
BACA: Kad Sudah Diedar, Elfira Loy Bakal Nikah 1 Januari 2019?

Menerusi Instagram, Rizman Ruzaini telah memuat naik sekeping gambar busana perkahwinan yang cantik. Kemudian ramai cuba meneka empunya busana dengan menyebut beberapa pasangan selebriti seperti Fasha Sandha dan Elfira.
“Betul, itu adalah El (Elfira). Saya dah tahu tarikh perkahwinan mereka, tapi tak boleh kongsikan lagi. Apa boleh dikatakan, ia bakal berlangsung dalam waktu terdekat ini. Jadi kita doakan yang baik-baik untuk mereka”
“Jenama Rizman Ruzaini sudah bekerjasama dengan El hampir 10 tahun. Dia antara selebriti yang kami tunggu-tunggu nak buatkan baju kahwin. Alhamdulillah, apabila tiba waktunya dia pilih kami”
“InsyaAllah, kami akan menyediakan beberapa persalinan untuk majlis perkahwinan mereka nanti. Majlis El ini, ia memang istimewa. El jenis yang tak kedekut. Baju yang ditempah dia bayar dan tak pernah minta penajaan,” katanya.
Tahniah dari kami buat Elfira dan pasangan diatas pernikahan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Tertanya-tanya pula berapa pasang busana Rizman Ruzaini yang bakal digayakan Elfira nanti. (rtky/w)