Tiada angin tiada ribut, hangat diperkatakan mengenai penyanyi wanita berhijab didakwa berskandal dengan pengurusnya yang berstatus suami orang.

Memetik Utusan Online, ‘hubungan’ tersebut sudah lama dihidu oleh rakan-rakan dalam industri beberapa tahun lalu.

“Kalau Cik Bunga sebut nama, memang ramai yang akan terkejutlah dan tak akan menyangka penyanyi bertudung ini boleh terjebak dengan suami orang”

Difahamkan, pengurusnya itu sudah berkahwin, namun belum ada rezeki dikurniakan cahaya mata lagi,

Malah, baru-baru ini penyanyi tersebut dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang selebriti tempatan bagaimanapun pengurusnya itu tidak bawa isteri hadir sama ke majlis tersebut.

“Kiranya, pengurus itu datang cuma berdua sahaja dengan penyanyi wanita tersebut. Kata kenalan Cik Bunga itu lagi, kedua-duanya pun menetap di hotel yang sama,” lapor Utusan.

Dalam pada itu, Cik Bunga juga turut meluahkan rasa hairan dengan isteri pengurus tersebut tentang hubungan skandal suaminya sedangkan ramai yang sudah mengesyaki perkara berkenaan.

×