Penyanyi Aman Shah Meninggal Dunia

Penyanyi dan pelakon Aman Shah Abu Kassim disahkan meninggal dunia pada usia 68 tahun di Institut Jantung Negara (IJN) sebentar tadi akibat masalah jantung.

Berita duka itu dikongsikan oleh rakan-rakan penggiat seni di media sosial masing-masing sebentar tadi. 

Memetik Astro Awani, anak sulung Allahyarham iaitu Hadzly memaklumkan bapanya dimasukkan ke IJN sejak seminggu lalu.

Menurutnya, jenazah bapanya masi berada di IJN dan akan dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan.

“Insya-Allah jika tiada aral jenazah ayah saya akan dikebumikan sebelum solat Maghrib,” katanya.

Aman Shah popular menerusi lagu raya Kepulangan Yang Dinanti dan lagu Adikku Pandai Menari. Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.

×