Penyampai Radio Dedah Sikap Sebenar Fazura

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pasangan selebriti, Fazura dan Fattah Amin apabila aktres tersebut memfailkan cerai.

Baru-baru ini, penyampai radio, DJ Sonic tampil bersuara memandangkan ramai orang yang menghubunginya untuk mengetahui isu melibatkan Fazura.

BACA: Fazura & Fattah Masih Follow Di IG, Simpan Video Kenangan Bersama

Menerusi perkongsian di Insta Story, DJ Sonic mendedahkan mengenai keperibadian Fazura yang sememangnya baik dengan semua orang dan seorang yang menjaga keluarga.

“Cuma satu saya nak bagitahu, Fazura ni seorang insan yang sangat baik dengan semua orang. Tak kira anda siapa. Fazura terlalu kuat bekerja sampai saya tanya Faz tak penat ke? Jawapan Faz mudah, dari kecil saya diajar untuk berdikari dan cari duit. Ini dah macam rutin!” tulisnya.

Sementara itu, DJ Sonic berkata Fazura juga akan sentiasa mengutamakan keluarga meskipun berada di luar untuk bekerja dan hanya mereka yang rapat saja tahu keperibadian aktres itu.

“Kalau kami keluar makan, tanpa gagal Fazura akan bungkus makanan untuk ahli keluarganya di rumah. Dia akan beli itu ini. Tiap kali sentiasa tengok masa nak balik.

“Tanggungjawab seorang ibu! Orang yang rapat sahaja tahu hebat dan baiknya insan yang bernama Fazura ini,” katanya.

×