Pentingkan Keberkatan, Khairul Aming Tolak Review Makanan Tak Sedap

Usahawan dan pempengaruh media sosial terkenal, Khairul Aming berkata dia menolak review makanan yang tidak sedap untuk peroleh keberkatan dalam perniagaan.

Menerusi satu video dikongsikan seorang pengguna TikTok, Khairul Aming berkata dia menitik beratkan mengenai kejujuran dalam berniaga yang merupakan salah satu kunci kejyaan sebagai usahawan.

BACA: Chef Wan Gelak Besar Netizen Bandingkan Dengan Khairul Aming

@hasyahassan

now aku tahu apa penyebab dia berjaya,sebab dia jaga keberkatan dalam PERNIAGAAN nya.Semoga kita para peniaga dapat jaga benda ni. Jangan aniaya orang bila kita berniaga.Kalau tak ok,Tayah review.Kesian pada yang membeli nanti.

? original sound – ying nyl – ying nyl

Sementara itu, usahawan dari Kota Bharu, Kelantan itu turut menitipkan untuk memetingkan kebajikan pekerja serta menjaga integriti dalam menjalankan tanggungjawab.

“Kadang-kadang kita lupa pasal keberkatan usaha kita sebab orang sibuk macam nak doa..ye memang betul bagus.

“Tapi kalau kita doa sahaja tapi cara kita berusaha tu tiada keberkatan tak boleh juga. Maksud saya contoh, kita duk amalkan doa nak jualan berjuta-juta tapi dalam berniaga kita tipu orang, menzalimi staf, tak bayar duit orang, curi atau khianat orang jadi tak boleh,” katanya.

Perkongsian Khairul Aming itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju bahawa keberkatan ketika mencari rezeki sangat penting. 

×