Pengurus Nafi Nadeera Ditangkap Khalwat Petang Semalam

Hangat diperkatakan mengenai penyanyi wanita berkhalwat dengan suami orang, pengurus Nadeera Zaini menafikan dakwaan penyanyi itu yang ditangkap petang semalam.

Memetik BH Online, pengurusnya dikenali sebagai Acap berkata Nadeera kini sedang sibuk menjalani latihan untuk Anugerah Juara Lagu (AJL39) yang bakal berlangsung Ahad ini.

“Memang kita sudah jelaskan individu ditangkap khalwat bukan Nadeera. Tiada sebarang komen daripada Nadeera dan dia tak perlu menjawab apa-apa kerana itu bukan dirinya. Semalam, Nadeera ada latihan dan ‘fitting’ baju, jadi tak mungkin dia kena tangkap,” katanya.

Sementara itu, Acap berkata susulan berita itu ianya sedikit sebanyak mengganggu tumpuan untuk AJL lebih-lebih lagi ini adalah pentas AJL pertama buat dirinya.

“Berita itu memang mengganggu tumpuan latihan Nadeera untuk AJL 39. Sejak berita heboh diperkatakan ramai menghubunginya untuk kepastian.

“Jadi, saya mohon tolong jangan ganggu Nadeera sebab saya tak mahu tumpuannya terganggu. Apatah lagi, ini adalah AJL pertamanya,” katanya.

SUMBER: BH Online

×