Pelakon Nur Fazura akhirnya selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai talak satu dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura memuat naik kapsyen ringkas menganggap ianya permulaan baru dalam hidupnya.

BACA: Dituduh Masih Simpan Dendam Terhadap Fattah, Fazura Tak Maafkan Fitnah Netizen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

“Pengakhiran dan permulaan untuk segalanya,” tulisnya.

Dalam hantaran itu, Fazura turut memuat naik gambarnya mengenakan busana berwarna putih dan dilihat tersenyum manis.

Fazura turut meletakkan tanda pagar pada perkongsiannya itu meluahkan rasa syukur serta ketenangan.

Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fazura diberikan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.

Terdahulu, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Nur Fatima Aisya kini berusia empat tahun.

×