Terdengar sebuah lagu dimainkan di radio ketika dalam perjalanan ke studio; tempat aku bekerja. Dengan pantas aku capai telefon pintar yang berjenama dari barat lalu ditekan satu-satunya butang dihadapan untuk merakam nota.
“Remind me to search for song that I heard this morning in the car. Entitled empty in Malay”
Tajuknya diterjemahkan kedalam bahasa penjajah kerana setiausaha itu tidak fasih bertutur bahasa kebangsaanku.
Sampai di pejabat, komputer riba ini dihidupkan, dan pelayar laman sesawang aku lancarkan untuk mencari asal-usul dan maklumat mengenai lagu yang didengari pagi hari. Kemudian aku berhenti. Bagaimanakah cara untuk memiliki lagu itu secara sah dah tidak disabitkan dengan kesalahan mencuri?
Kebetulan, aku menggunakan iTunes sebagai pengurus segala muzik aku. Manakan tidak, menggunakan komputer riba dengan perisian keluarga harimau dan singa.
Ah. Biarkan sahaja. Dengar melalui laman YouTube lah gamaknya.
Disinilah yang dapat aku simpulkan; dunia muzik mahupun filem dinegara ini masih tidak mengambil kesempatan dan kelebihan akan teknologi yang sudah kian lama bertapak dan wujud dimuka bumi ini.
iTunes; di negara barat yang kamu asyik tergila-gilakan itu merupakan tempat lahirnya aplikasi ini. Ia digunakan sebagai medium untuk menjual serta mengedar hasil karya muzik mahupun filem ke serata pelusuk wilayahnya. Ia dikenali sebagai iTunes Music dan iTunes Movies. Kini tiba di Malaysia.
iTunes Music
Merupakan pusat simbiosis bagi pengguna produk Apple kerana melalui iTunes, mereka boleh membeli dan memiliki lagu-lagu yang digemari secara sah dan berpatutan. Malah, mereka akan memiliki lagu tersebut buat selamanya. Selamanya, harimau Malaysia. Eh.
Para penyanyi persendirian dan komersil boleh menjual hasil karya mereka di iTunes Music tanpa memerlukan orang tengah yang biasanya boleh mengeruhkan lagi suasa industri tersebut jika tidak kena pada akalnya. Terasa pedas? Sila senyap, telan sendiri.
Para pemuzik indie (indipendent) boleh memasarkan lagu mereka di iTunes Music dengan kos yang jauh lebih murah, malah terus mampu tersebar keserata dunia (jika dibenarkan). Apalah sangat dengan harga $0.99 itu, jika dibandingkan dengan harga rokok Suria sekotak. Ianya sihat, dan kekal hak milik.
Sepatutnya, peluang ini digunakan oleh syarikat rakaman gergasi untuk melebarkan lagi kadar penembusan lagu-lagu dibawah mereka ke seluruh pelusuk dunia. Mungkin, ada kepala-kepala itu beranggapan harga $0.99 adalah terlalu murah atau rendah, lebih-lebih lagi 30% keuntungan adalah milik Apple Inc.
Jangan risau, walaupun pendapat 70% sahaja, kos penghasilkan CD sudah dikurangkan kepada sifar, tidak perlu pihak tengah seperti Speedy dan rakan-rakannya, tiada produk fizikal bererti kos pemasaran boleh dikurangkan. Malah, kes cetak compak jugak dapat dikurangkan.
Ini kerana, di era yang sudah melepasi tahun 2000, pengguna sudah berubah daripada kaset, cakera padat kepada pemain digital seperti iPod Touch, malah telefon pintar mereka juga merupakan pemain muzik. Selain itu, iTunes turut memboleh sesuatu lagu itu dibeli secara asing atau sebagai album. Ini adalah kebebasan hak pengguna yang turut merupakan peminat sesuatu lagu itu.
Mereka ini (pengguna produk jenama Apple, sebagai contoh) rata-rata mempunyai kad kredit / debit untuk membuat pembelian di atas talian. Dan sebahagian besar merupakan pengguna yang sanggup berberlanja untuk memiliki sesuatu itu secara sah dan halal.
Hal ini kerana, mereka faham akan konsep yang telah disemaikan didalam hati mereka iaitu, jika mereka tidak menyokong dan membayar kemudahan yang telah disediakan kepada mereka, pembangun dan pencipta asal tidak mampu membaik-pulih atau mengemas kini mutu produk mereka.
iTunes Movie
Filem turut merupakan bahan digital yang sering kali dicetak rompak. Jikalau pihak penerbit mahupun pengeluar filem itu sedar akan kelebihan yang wujud melalui sistem iTunes Movie ini, mereka akan sedar bahawa mereka bakal mendapat lebih banyak untung.
Melalui iTunes Movie, sesebuah filem itu boleh disewa dengan kualiti definasi tinggi (HD) dengan kadar yang cukup berbaloi. Jika dibandingkan dengan kepuasan menonton Astro First yang boleh dikatakan sebagai sepupu-sepapat sistem ini (menonton dirumah), kualiti yang disediakan oleh iTunes Movie jauh lebih tinggi dan berkualiti.
Ramai peminat filem yang kini kian sibuk dengan gossip-gossip di pejabat, mahupun kertas kerja yang diminta oleh bos, dan mereka ini tidak mempunya waktu yang setimpal untuk beratur di panggung wayang, atau berpusing di tapak meletak kenderaan kerana telah penuh yang lazimnya berlaku dihujung minggu.
Dengan ini, sepatutnya industri hiburan tanah air harusnya bersikap terbuka yang melangkah masuk ke alaf baru dengan mengambil peluang yang disediakan oleh iTunes itu sendiri.
Jika kita lihat secara teliti, pengguna Apple mahukan hasilkan karya yang terbaik boleh didapati dengan mudah (iTunes Store), dan pengkarya dan syarikat gergasi mahukan medium yang mudah kepada jutaan bakal pelanggan serta peminat.
iTunes merupakan medium yang memjayakan simbiosis antara pengkarya dan pengguna. Keistimewaan ini jarang kali wujud di kalangan pengguna yang tidak terlibat dengan produk dari California ini. – Xun