Peminat Tuduh Remy Ishak Angau Dengan Mira Filzah

Memuat naik gambar bersama berserta penampilan sedondon di majlis Festival Filem Malaysia (FFM) Sabtu lalu mengundang kata nista netizen mendakwa Remy Ishak kini sedang angau dengan Mira Filzah.

BACA: Netizen Kurang Senang Remy Ishak Kongsi Gambar Bekas Tunang

Dalam perkongsian itu, Remy memuat naik gambar bersama Mira yang dilihat sama manis berpakaian sedondon. Namun ramai mengecam gambar berkenaan dan mengaitkan kisah putus tunang Remy baru-baru ini.

Dakwaan itu sekaligus menimbulkan rasa marah Remy, dan membidas kembali individu terbabit agar tidak memalukan kaum wanita bertudung yang lain dengan sikap memalukan seperti itu.

Di ruangan komen pula, ramai bersetuju dengan tindakan Remy. Tidak kurang pula ramai mendoakan pasangan itu agar benar-benar bercinta dan mendirikan rumah tangga dengan segera.

Terdahulu, Remy mendedahkan statusnya yang sudah bujang selepas memutuskan tali pertunangan dengan bekas tunang, Ezza Yusof. Menurut Remy, setelah dua tahun bertunang, beliau tidak nampak arah ke perkahwinan. (rtky/w)

×