Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai Yuna apabila tular video memaparkan penyanyi itu memeluk selebriti terkenal Indonesia, Afgan Shah sekaligus dikritik netizen kerana tindakannya agak keterlaluan.
Namun, penampilan Yuna menjadi perhatian ramai ketika menghadiri sebuah acara Mingguan Fesyen New York (NYFW) apabila menggayakan busana jenama terkenal antarabangsa, Coach serta aksesori di kepala.
BACA: Berpelukan Mesra Dengan Afgan, Netizen Tegur Yuna Jaga Batas
View this post on Instagram
Menerusi satu perkongsian, Yuna ada memuat naik beberapa keping gembarnya ketika di acara berkenaan serta mengucapkan terima kasih kepada jenama itu menjemputnya.
“Terima kasih Coach kerana menerima kehadiran saya! Tahniah @stuartvevers untuk koleksi yang menyeronokkan dan ‘segar’ serta ia merupakan sebuah persembahan yang hebat.
“Sekalung tahniah kepada pasukan Coach yang sentiasa menghasilkan sesuatu yang luar biasa untuk saya. Ia sangat menyeronokkan kerana dapat berjumpa semula dengan rakan lama dan dapat kawan baru. Jumpa lagi di NYFW!”tulisnya.
Perkongsian Yuna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen terutama peminatnya yang memuji penampilan penyanyi itu yang sungguh cantik dan menawan.