Peminat Minta Bangkit Semula, Hafiz Suip Kata Dia Dah Tak Relevan

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai Hafiz Suip. Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai rumah tangganya penyanyi itu menyahaktifkan akaun Instagram miliknya sekaligus menjadi bualan ramai.

Bagaimanapun, Hafiz meminta orang ramai tidak membuat spekulasi tanpa tahu tentang cerita sebenar serta tida masuk campur dalam isu rumah tangganya.

BACA: Individu Dakwa Rumah Tangga Terlerai Sebab Abai Tanggungjawab, Ini Respon Hafiz Suip

Sementara itu, menerusi satu perkongsian di TikTok ada peminat mahu melihat Hafiz kembali bangkit serta aktif menyanyi seperti sebelum ini. Komen peminat itu mendapat reaksi daripada Hafiz yang  mengatakan dia sudah tidak relevan lagi.

Bagaimanapun, rata-rata peminatnya memberitahu apa yang diperkatakan itu tidak benar kerana mereka sukakan suara Hafiz dan meminta untuk kembali menyanyi.

Terdahulu, Hafiz berkata dia terhibur apabila terbaca satu komen mendakwa dia bercerai kerana dikatakan mengabaikan tanggungjawab.

SUMBER: mStar Online

×