Pelawak Terkenal Ditahan Di Jeddah, Disyaki Bawa Ganja?

Tiada angin tiada ribut, seorang pelawak terkenal dikatakan ditahan di Jeddah kerana dipercayai memiliki dadah jenis ganja 

Memetik Utusan Online, pelawak berkenaan ketika itu dalam  perjalanan menunaikan umrah baru-baru ini.

Sumber memberitahu, pelawak tersebut dipercayai ditahan dua bulan lalu di Lapangan Terbang Jeddah dan masih berada dalam tahanan bagi tujuan siasatan lanjut oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Kata sumber lagi, selebriti itu juga difahamkan menunaikan umrah bersama rakan-rakannya namun ditahan selepas disyaki membawa bahan terlarang.

Bagaimanapun akaun media sosial pelawak berkenaan dilihat masih aktif dengan beberapa hantaran baharu  dipercayai diuruskan oleh pasukan pengurusannya.

Pelawak tersebut dikatakan bakal muncul dalam satu program televisyen yang telah dirakam lebih awal sebelum insiden penahanan berkenaan. Bagaimanapun, setakat ini masih tiada maklumat lanjut berhubung kesahihah kes tersebut.

SUMBER: Utusan Online

×