fbpx

Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai laporan penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Universiti Malaysia menjadi bualan hangat di media sosial.

Di platform X, ada yang mempersoalkan kelulusan yang dimiliki oleh penyanyi itu sehingga dilantik menjadi pakar di universiti terkemuka berkenaan.

BACA: Impian Siti Nurhaliza Miliki Range Rover Akhirnya Tercapai

Persoalan individu itu turut disambut oleh netizen lain yang berpendapat ianya soalan ‘legit’ dan bagus untuk rakyat Malaysia tahu.

Hasil tinjauan dari ciapan lain, ada yang mengatakan Siti Nurhaliza ditempatkan dalam bidang muzik kerana itu adalah kepakarannya serta turut memuat naik poster program berkenaan.

Dalam pada itu, ada yang memberikan pendapat dalam bidang pendidikan kelulusan seseorang itu tidak berdasarkan peringkat pendidikan mereka tetapi pengalamn bekerja juga turut diambil kira apatah lagi Siti Nurhaliza sudah mendapat banyak anugerah dalam dan luar negara.

Kata netizen lagi, Siti Nurhaliza sememangnya layak kerana pakar dalam bidang nyanyian dan ikon untuk pendidikan berkaitan seni serta pencaiannya yang besar dan luas.

Turut menjadi perhatian penjelasan seorang netizen mengenai UMCced ialah pusat pendidikan berterusan yang diasaskan oleh Universiti Malaya, namun ianya bertaraf swasta dan berbayar. Individu itu juga turut meminta netizen lain supaya melihat tempat mana yang dinyatakan sebelum memberikan komen mengenai lantikan itu.